Manchester United Football Club merupakan kelab sepak bola inggris terkenal, berpusat di old trafford, greater manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .[3] Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi liga perdana inggris/divisyen pertama sepakbola inggris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala liga dua kali, piala eropa dua kali, piala pemenang pialaUEFA sekali, piala antar benua (Intercontinental Cup) sekali, dan piala super eropa (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-i989 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "kelab FIFA abad ke 20", di belakang real madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulan majalah FIFA pada Disember 2000).
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.
Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Nemanja Vidic, mengambil alih dari Gary Neville pada 16 November 2005.